Wednesday, 24 October 2012

SMART ENGLISH (PROGRAM NEGERI TERANGGANU)


Smart English ialah satu program yang melibatkan pelbagai kemahiran bahasa seperti mendengar, bertutur, membaca, menulis dan menyanyi  secara terancang dan menyeronokan yang akan diadakan di peringkat SEKOLAH, DAERAH dan NEGERI. Perlaksanaan aktiviti dalam program ini terbahagi kepada dua fasa.
            Dalam fasa satu, aktiviti akan dibahagi kepada dua peringkat iaitu terancang (Prepared) dan  semerta (Impromptu).  Peringkat pertama adalah bahagian di mana peserta membuat persembahanan berdasarkan tajuk yang akan diberikan awal untuk persediaan. Peringkat kedua pula ialah bahagian impromptu di mana peserta terlibat dalam beberapa aktiviti bahasa secara spontan berdasarkan bahan bacaan.
            Program ini akan dilaksanakan di semua peringkat iaitu sekolah, daerah dan negeri bermula dengan murid menggunakan bahan bacaan yang sedia ada di sekolah termasuklah kad bacaan EIRP dan BIG BOOK yang dibekalkan Kerajaan Negeri Terengganu ke semua sekolah rendah.
            Penekaan kepada aspek membaca secara kuat (reading aloud) akan berlaku di permulaan program. Ini adalah merupakan kkemahiran asas yang dikuasai berdasarkan tahap bacaan yang mengutamakan sebutan, intonasi dan stress ( mechanical reading).  Memandangkan pentingnya membaca untuk menguasai kemahiran bahasa yang lain, program ini akan melibatkan semua pelajar sekolah rendah ( tahun 1 hingga 6 ). Ianya akan dilakasanakan secara berterusan di peringkat sekolah. Di peringkat daerah dan negeri pula, program ini lebih merupakan program sehari yang lebih menjurus kepada pertandingan. Semua pelajar yang menyertai program peringkat daerah dan negeri akan diistihar dan diberikan sijil penyertaan bertaraf  YDSM YOUNG READER.
            Dlam fasa kedua, empat puluh orang peserta aras tinggi akan dipilih. Fasa ini hanya akann dijalankan di peringkat negeri sahaja.  Kesemua peserta ini akan dikumpulkan di satu tempat selama tiga hari dua malam dibawah bimbingan sepuluh orang guru terpilih. Disini, peserta akan dibahagikan kepada kumpulan berlima dan dilatih mengarang cerita pendek berdasarkan tajuk yang akan dibincangkan bersama. Aktiviti ini dirancang agar semua proses asas mengarang seperti pemilihan tajuk, percabahan minda, mencari isi penting, pembinaan ayat, drafting dan lain-lain proses penting mengarang akan dilalui oleh pelajar. Seorang guru akan ditugaskan sebagai pembimbing setiap kumpulan.
            Kesemua hasil kumpulan akan dimurnikan, dinilai, dicetak dan disusun untuk  dijadikan beberapa buah buku koleksi cerita pendek. Lakaran grafik juga akan dimasukkan bagi menambah kualiti setiap cerita. Kesemua buku yang dihasilkan ini dicadangkan dicetak dan diagihkan ke semua sekolah rendah di Terengganu sebagai bahan bacaan tambahan bahasa inggeris. Kesemua murid yang terlibat akan dinobatkan sebagai dan dianugerahkan sijil bertaraf YDFM YOUNG WRITER.  Dengan terlaksananya fasa ini, diharap YDSM akan dapat melahirkan lebih ramai penulis  berkualiti bagi memeriahkan lagi perkembangan  Bahasa Inggeris dan pendidikan di Terengganu.
            Untuk memberikan impak yang lebih dan menggalakkan penyertaan semua,  Smart English hendakklah mula dilaksanakan  di peringkat kelas dan sekolah.
2.1      Perincian Aktiviti
            Fasa Satu
            2.1.1  Bahagian Semerta (Impromptu)
            a.         Silent Reading
            b.        Reading Aloud
            c.         Spelling
            d.        Aural-Oral Comprehension
            e.         Group Chain Dictation
            f.         Retell Story
2.1.2  Bahagian Terancang (Prepared)
                        a.         Poetic Action Song

Fasa Dua      
2.2.1  Kem Penulisan Dan Penghasilan Koleksi Cerita Pendek

3.0      Rasional
3.1      Membaca bahasa Inggeris sangat tidak popular dikalangan pelajar negeri ini.
3.2      Pelajar tidak bermotivasi dan tidak mempunyai sebab untuk membaca yang membawa kepada terbentuknya tabiat membaca.
3.3      kebanyakkan program bacaan yang dirancang sebelum ini tidak menekankan kepada aspek pemantauan, galakkkan dan pemastian pelaksanaan .
3.4      Tabiat membaca akan membantu pelajar menguasai kemahiran lain dalam bahasa.
3.5      kebiasaannya pelajar tidak melihat kaitan antara membaca dan kemahiran bahasa yang lain.
3.6      kesemua aktiviti dirancang dan akan dilaksanakan dalam keadaan yang menyeronokkan.
3.7      pembalajaran bahasa melalui nyanyian dan puisi lebih menyeronokkan.


4.0    Objektif
           4.1      Menanam tabiat suka membaca di kalangan pelajar.
4.2      Memberi sebab dan alas an yang kukuh kenapa pelajar mesti mula membaca.
4.3      Membantu pelajar menguasaikemahiran bahasa yang lain melalui membaca.
4.4      Menyediakan aktiviti sokongan kepada gerakkerja membaca.
4.5      Meningkatkan prestasi pencapaian Bahasa Inggeris dalam semua peperiksaan.
4.6      Menerapkan kemahiran berbahasa secara berperingkat dan terancang.
4.7      Melibatkan seramai mungkin pelajar di semua peringkat.
4.8      Pembelajaran bahasa lebih mudah dan men yeronokkan melalui nyanyian, lakonan dan puisi.

5.0      Kumpulan Sasaran
            Fasa Satu
            5.1      Peringkat Semerta (Impromptu)
                        Peringkat Sekolah:
                        Semua murid Tahap Dua yan g terdiri daripada 3 orang murid lelaki                            dan 3 orang murid perempuan (Tahun 4, 5 dan 6 ) dalam setiap                                   pasukan.


            Peringkat Zon, daerah dan Negeri:
            Enam orang murid iaitu 3 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan             Tahun 4 hingga 6 dari setiap sekolah.
            Murid terdiri daripada tiga aras pencapaian mengikut markah TOV tahun     semasa. ( sila rujuk boring pendaftaran )

5.2      Peringkat Terancang ( Prepared )
            Peringkat Sekolah:
                        Semua murid Tahap Satu ( Tahun 2 dan 3 )
            Peringkat Zon, Daerah dan Negeri:
                        Enam orang murid Tahun 2 dan 3 dari setiap sekolah

            Fasa Dua
5.3      Kem Penulisan Dan Penghasilan Koleksi Cerita Pendek

6.0      Kekerapan Pelaksanaan
6.1      Peringkat Sekolah
            ~Dua kali setahun mengikut aliran ( Pemilihan wakil sekolah )
6.2      Peringkat Zon dan Daerah
            ~Pertandingan berbentuk karnival sehari
            ~Sekali setahun untuk memilihwakilzon dan daerah

6.3      Peringkat Negeri
            ~Pertandingan berbentuk karnival sehari
            ~Sesekali setahun selepas selesai peringkat daerah

7.0      ppelaksanaan
7.1.1  Peringkat Sekolah, Zon, Daerah dan Negeri

            Fasa Satu
            Bahagian Semerta ( Impromptu )

1 comment:

  1. we never have this kind of activities in penang
    the activities are very useful for classroom teaching
    thanks for sharing

    ReplyDelete